Thursday 26 November 2015

                                                  MISI KEMAS
  1. Meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar supaya mampu berdikari untuk meningkatkan taraf kehidupan dari segi pendidikan, sosial dan ekonomi;
  2. Memperkukuhkan organisasi dan masyarakat desa dengan niali-nilai murni ke arah pembangunan yang seimbang;
  3. Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti;
  4. Memberi kefahaman dan menjayakan perkhidmatan yang berkualiti;
  5. Memberi kefahaman dan manjayakan pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan; dan
  6. Mewujudkan masyarakat berilmu melalui pendidikan sepanjang hayat.

                                             VISI KEMAS
            Nadi Pembangunan dan Perubahan Masyarakat Luar Bandar.

                                                                   OBJEKTIF
  1. Menjadikan masyarakat luar bandar yang kompeten, berdaya saing dan berdikari;
  2. Memantapkan perkembangan sosio-emosi, fizikal, intelek dan rohani serta menguasai kemahiran asas 3M kepada kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun; dan
  3. Memastikan sistem penyampaian yang berkesan.

                                                                 SEJARAH KEMAS
KEMAS, Jabatan Kemajuan Masyarakat dikenali dengan nama (KEMAS) yang merupakan singkatan daripada ‘Kemajuan Masyarakat'. KEMAS pada asalnya dikenali dengan nama Bahagian Pelajaran Dewasa. Ia ditubuhkan secara rasmi oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien pada tahun 1961 melalui satu majlis yang diadakan di Rumah Persekutuan. Rasional penubuhan Bahagian Pelajaran Dewasa pada waktu tersebut diwujudkan setelah negara mencapai Kemerdekaan pada 1957 di mana satu bancian yang telah dilakukan pada tahun yang sama dan didapati seramai 1,868,948 orang dewasa dan 2,379,213 orang kanak-kanak yang berumur antara 10 hingga 14 tahun tidak tahu membaca dan menulis.
Dapatan kajian ini dilihat menjadi penghalang utama untuk kerajaan melaksanakan agenda pembangunan negara. Pada tahun 1958, Persidangan Pembangunan Masyarakat Kedua telah diadakan di Kuala Lumpur dan ia merupakan lanjutan dari Persidangan Pembangunan Masyarakat Pertama yang telah diadakan pada tahun 1953 di Taiping. Hasil daripada persidangan tersebut, satu perakuan oleh Jawatankuasa Khas Pelajaran Dewasa yang bermesyuarat pada 3hb Ogos 1960 telah dibincangkan di peringkat kabinet pada tahun yang sama melalui Kertas Kabinet Bil. 385/25/60. Fokus perbincangan kertas kabinet tersebut adalah memberi keutamaan terhadap pelajaran asas kepada rakyat yang buta huruf melalui Rancangan Pelajaran Dewasa sehinggalah satu kelulusan telah dikeluarkan untuk menubuhkan Bahagian Pelajaran Dewasa dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Kerajaan berpendapat bahawa pendidikan literasi mempunyai hubungan yang rapat dengan gerakan pembangunan masyarakat. Berdasarkan dua dasar dan strategi perlaksanaan utama Pelajaran Dewasa yang digariskan melalui Kertas Kabinet Bil. 2/54/61, (iaitu membasmi buta huruf di kalangan penduduk luar bandar dan memberi pengetahuan membaca dan menulis rumi kepada bukan Melayu), gerakan membasmi buta huruf telah diperkenalkan berdasarkan 3 peringkat utama seperti yang telah dirancang oleh YAB Tun Abdul Razak Bin Hussien (pengumuman beliau ketika pelancaran Hari Kenal Huruf Sedunia pada tahun 1968). Gerakan Pembasmian Buta Huruf telah dilaksanakan selama 15 tahun. Seterusnya, berdasarkan Kelas Asas Membaca dan Menulis, pelbagai kelas-kelas lain turut diwujudkan termasuk Kelas Bahasa Kebangsaan serta Kelas Bahasa Rumi (KBK/KBR). Hasilnya seramai 500,000 orang pelajar telah mendapat faedah dari program-program ini setiap tahun. Memandangkan keperluan permintaan yang kian meningkat setiap tahun, program pengambilan guru turut diadakan secara besar-besaran dan ini secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan yang luas terutamanya kepada golongan yang boleh membaca dan menulis. Latihan kepada golongan pengajar ini telah diberi secara berperingkat bagi menambah kemahiran sehingga melahirkan Kaedah Pengajaran dan Kurikulum Kelas Dewasa. Kurikulum ini meliputi pengawasan guru-guru oleh penyelia-penyelia berkelayakan yang dilantik melalui tapisan/ujian praktikal, kurikulum pelajaran berperingkat serta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti pendidikan 3M yang meliputi kaedah Zaaba yang dipermudahkan oleh Embong Yahya (bimbingan dalam kerja-kerja seharian seperti pertanian, kesihatan, rumahtangga dan pendidikan anak).
                                           LATAR BELAKANG KEMAS

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program "Pembasmian Buta Huruf".
Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.
Berikutan pelancaran "Dasar Ekonomi Baru" (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada "Bahagian Kemajuan Masyarakat" (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.



NAMA                   :   NAZARATUL SYAKINA BINTI NOOR AZAMAN

UMUR                   :    23 TAHUN

ALAMAT              :    BT 27 KG BARU 78200 KUALA SUNGAI BARU MELAKA

ALAMAT TBK     :   SI 1596 JLN SG 13 TMN SERI GAMELAN 78200 KUALA SG BARU 
                                   MELAKA

TARIKH LAHIR   :   20 JUN 1992

KELULUSAN        :   SPM
JABATAN             :    JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)